Saingan kejuaraan Liga Premier sengit

Norshahrul Idlan cuba melepasi halangan pemain Kuching City dalam aksi Liga Premier di Pasir Gudang pada Selasa. FOTO: FB Sarawak United
Norshahrul Idlan cuba melepasi halangan pemain Kuching City dalam aksi Liga Premier di Pasir Gudang pada Selasa. FOTO: FB Sarawak United
A
A
A

PENGENDALI Sarawak United FC, E Elavarasan menganggap segala kemungkinan boleh berlaku dalam baki dua lagi perlawanan yang boleh menyekat misi mereka untuk menjulang trofi Liga Premier musim ini.

Ia susulan kekalahan mereka kepada Kuching City FC semalam dengan keputusan 0-1 dan kini hanya dibezakan dua mata dengan Negeri Sembilan FC yang berada di kedudukan kedua liga.

Namun, Elavarasan tidak mahu kekalahan itu melunturkan semangat pemain kerana peluang masih terbuka dan paling penting adalah untuk memastikan kemenangan dalam aksi seterusnya pada Jumaat ini berdepan pencabar kejuaraan Negeri Sembilan FC.

“Peluang kejuaraan masih terbuka dan kita masih ada kelebihan dua mata di depan, dan menang atau kalah pun, yang penting kita memang dah layak ke Liga Super.

“Cuma sekarang memang masih terbuka dan mungkin Negeri Sembilan akan ada peluang itu, jadi macam-macam mana pun semuanya bergantung kepada nasib juga.

“Secara keseluruhan kalau tengok perlawanan tadi (semalam), memang la kalau boleh kita nak menang, tapi kita kena terima keputusan itu dan kita sepatutnya perlu mempunyai peluang yang lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti pula menganggap kemenangan itu belum lagi meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk meraih slot ke TM Piala Malaysia meskipun mereka masih mempunyai baki empat perlawanan.

Kuching ketika ini berada di tangga kelapan liga dengan 21 mata dan perlu untuk menang atau sekurang-kurangnya seri dengan Kelantan United FC untuk layak ke kejohanan berprestij itu pada musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah ini adalah kemenangan manis untuk pasukan kami walaupun saya tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan ini.

“Cuma peluang untuk layak ke Piala Malaysia masih belum selamat lagi, kita kena menang dengan Kelantan United atau seri dan sekarang kita dapat rehat lebih lama sikit untuk bersedia pada hari Sabtu pula”, katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!