Israel buru tahanan Palestin di Tebing Barat

Kejayaan enam tahanan Palestin meloloskan diri dari jel Israel menyebakan askar-askar Israel mengawal pagar keselamatan di kampung Muqeibila dekat bandar Jenin
baru-baru ini. - Foto AFP
Kejayaan enam tahanan Palestin meloloskan diri dari jel Israel menyebakan askar-askar Israel mengawal pagar keselamatan di kampung Muqeibila dekat bandar Jenin baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel pada Rabu melakukan operasi di Tebing Barat bagi memburu enam tahanan Palestin yang melarikan diri dari sebuah penjara di negara haram tersebut pada Isnin lalu.

Ketua tentera rejim Zionis, Aviv Kohavi mengarahkan askar-askar dan pesawat-pesawat Israel bagi memantau kawasan tersebut bagi menangkap enam tahanan itu.

Sebelum ini, dua adik-beradik kepada seorang tahanan, Mahmud Aradah yang berjaya melarikan diri itu telah ditangkap.

Empat lagi orang iaitu anggota keluarga Dr. Nidal Ardah, dua adik-beradik iaitu sepupu kepada Mahmud dan rakannya serta bapa Munadel Infeiat adalah salah seorang tahanan Palestin itu turut ditahan oleh rejim Zionis.

Enam tahanan itu berjaya meloloskan diri dari penjara Gilboa di utara Israel dipercayai melalui sebuah lubang yang digali di bawah sinki di dalam bilik penjara mereka dengan menggunakan sudu, pada Isnin lalu.

Antara yang berjaya melarikan diri itu ialah Zakaria Zubeidi iaitu bekas pejuang Palestin dari Jenin.

Penjara Gilboa dibuka pada tahun 2004 semasa kebangkitan penduduk Palestin atau intifadah menentang penjajahan Israel. Penjara tersebut dikawal ketat kerana menempatkan ratusan tahanan Palestin bersama tahanan lain. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!