Kanak-kanak enam hingga 11 tahun di Chile diberi vaksin

Chile akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap remaja berusia 14 hingga 17 tahun, dan kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun berdasarkan penilaian kesihatan. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
Chile akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap remaja berusia 14 hingga 17 tahun, dan kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun berdasarkan penilaian kesihatan. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

SANTIAGO - Chile akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap remaja berusia 14 hingga 17 tahun, dan kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun berdasarkan penilaian kesihatan, bermula minggu depan, lapor Xinhua.

"Bermula Isnin (13 September) dan Khamis (16 September) remaja berusia 14 hingga 17 tahun boleh mendapatkan suntikan di Cesfams (Pusat Komuniti Kesihatan Keluarga) termasuk kanak-kanak berumur 6 dan 11 tahun yang mempunyai penyakit komorbiditi, " kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam Paula Daza kepada wartawan pada Rabu.

“Chile antara negara pertama di dunia yang mula memberi suntikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak, ini penting bagi melindungi mereka," kata Daza.

Institut Kesihatan Awam pada Isnin meluluskan vaksin CoronaVac yang dibangunkan farmasi China Sinovac bagi kegunaan kecemasan, untuk kanak-kanak dan remaja berusia antara 6 hingga 17 tahun.

Sebelum ini, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas telah diberi suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Sebanyak 13,207,294 penduduknya sudah lengkap suntikan vaksin Covid-19, iaitu 86.89 peratus daripada keseluruhan populasinya iaitu 15.2 juta orang, menurut data terkini Kementerian Kesihatan.

Di Amerika Selatan, sebanyak 26,419,036 dos vaksin Covid-19 telah diedarkan, terutama jenis CoronaVac.

Chile melaporkan jumlah jangkitan terendah sejak beberapa minggu lalu, berikutan peraturan penjarakan sosial dan kempen vaksinasi yang sedang berlangsung. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!