100 penduduk Palestin cedera, bertempur dengan tentera Israel

Seramai 100 warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan anggota tentera Israel berdekatan bandar Nablus di Tebing Barat pada Rabu. - Foto AP
Seramai 100 warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan anggota tentera Israel berdekatan bandar Nablus di Tebing Barat pada Rabu. - Foto AP
A
A
A

GAZA - [DIKEMAS KINI] Seramai 100 warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan anggota tentera Israel berdekatan bandar Nablus di Tebing Barat pada Rabu, lapor Sputnik, memetik Bulan Sabit Merah Palestin.

"Mereka cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di daerah Beita dan Huwara berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat," menurut pertubuhan.

Pada Rabu, semua gerakan dan kumpulan Palestin bertempur dengan tentera Israel sebagai menyokong tahanan Palestin di penjara Israel.

Sejak dua bulan kebelakangan ini, kawasan Beita di selatan Nablus telah menyaksikan pertempuran antara rakyat Palestin dan tentera Israel.

Menurut laporan media, pertempuran itu disebabkan pembangunan penempatan Israel yang baharu di daerah ini yang dimulakan pada Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!