IPGKKB jadi hab serantau

Maszlee ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan semasa sidang akhbar di IPGKKBi.
Maszlee ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan semasa sidang akhbar di IPGKKBi.
A
A
A

KOTA BHARU - Hasrat Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) menjadi hab pendidikan serantau dapat meningkatkan lagi ekonomi negeri terutamanya produk pelancongan bagi negara-negara seperti selatan Thai, Kemboja, Vietnam dan Laos.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, IPG mempunyai peranan penting dalam pendidikan negara dan perancangan Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan Kelantan dan IPGKKB itu adalah suatu idea baik dan perlu disokong.

“Selaras dengan dasar progresif kerajaan Pakatan Harapan yang bersetuju membuka laluan 24 jam ke Thailand, aktiviti pendidikan boleh memainkan peranannya tersendiri dalam merancakkan ekonomi berasaskan ‘Edu-Economy'.

IPGKKB boleh menyumbang kepakaran dalam menjalankan kajian, mengetuai program-program seminar serta melatih guru-guru luar negara.

“Secara tidak langsung, ia menjadikan pendidikan sebagai produk pelancongan dan menjadi segmen penting dalam meningkatkan keupayaan ekonomi di samping mampu mempromosikan Kelantan sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau,” katanya.

Beliau hadir Majlis Kesyukuran dan Pemerkasaan IPG Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Husam Musa, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dan Pengarah IPG Kota Bharu, Hashim Deraman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!