Covid-19: Kapasiti penggunaan katil hospital di Selangor menurun
SHAH ALAM - Kapasiti dan peratusan penggunaan katil hospital bagi pesakit Covid-19 di Selangor terus mencatatkan penurunan sehingga mencecah 57 peratus.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penurunan tersebut disebabkan kebanyakan rakyat di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
"Ini adalah impak utama hasil kadar vaksinasi yang tinggi di Lembah Klang," katanya menerusi status di Facebook beliau pada Khamis.
Selain berkongsi status, Amirudin turut berkongsi info grafik mengenai kapasiti dan penggunaan katil hospital seluruh negara pada Selasa.
Info grafik terbabit menunjukkan sebanyak 4,019 katil bukan unit rawatan rapi (ICU) dengan penggunaan sebanyak 57 peratus.
Selain itu, terdapat 317 katil ICU dengan jumlah penggunaan sebanyak 94 peratus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!