Mancini tabik pemain muda The Azzurri

Kean meraikan jaringan pertama Itali ketika Lithuania di Stadium Citta del Tricolore, Reggio Emilia. - Foto AFP
Kean meraikan jaringan pertama Itali ketika Lithuania di Stadium Citta del Tricolore, Reggio Emilia. - Foto AFP
A
A
A

JUARA Euro 2020, Itali akhirnya melakar kemenangan pertama sejak Julai lalu apabila membelasah Lithuania 5-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Città del Tricolore awal pagi Rabu.

Pada aksi kumpulan C tersebut, anak buat Roberto Mancini berpesta gol hasil jaringan yang dipacu dua tonggak muda Moise Kean dan Giacomo Raspadori seterusnya memperkemaskan cengkaman teraju kumpulan.

Kedua-dua pemain berusia 21 tahun tersebut ternyata memukau Mancini pada babak pertama apabila Kean menyumbat dua gol pada minit ke-11 dan 29' dengan gol sendiri Edgaras Utkus melebar jurang pelawat.

Raspadori yang membuat penampilan sulung bersama The Azzurri meledak gol minit ke-24, sebelum tonggak pertahanan Giovanni Di Lorenzo melengkapkan pesta gol tuan rumah pada minit ke-54.

"Semuanya berkait dengan mentaliti dan jiwa pemain-pemain Itali, mereka mempunyai masa depan yang cerah sekiranya benar-benar serius di lapangan ini. Apa pun semuanya bergantung kepada kedua-dua mereka," ujar Mancini mengenai dua tonggak muda The Azzurri tersebut.

Untuk rekod ini merupakan kali pertama Itali meledak empat gol dalam 30 minit pertama selepas aksi hambar menentang Bulgaria dan Switzerland dalam dua perlawanan sebelum ini.

Kemenangan besar tersebut juga menyaksikan The Azzurri melebarkan rekod tanpa kalah dalam 37 perlawanan.

"Pemain-pemain Itali memberikan respon positif semasa di padang, walaupun kami kehilangan beberapa tonggak utama sejak beberapa hari lalu. Jaring empat atau lima gol bukan satu tugas yang mudah sebenarnya," ujar Mancini.

Artikel Berkaitan:

Itali kini menerajui kumpulan dengan 14 mata, enam mata mengatasi pencabar terdekat Switzerland yang terikat 0-0 menentang Ireland Utara di Belfast.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!