Tunai janji, Betty kongsi gambar anak
PELAKON, Betty Rahmad menunaikan janji untuk berkongsi gambar anak sulung Ardy Wira sebaik anaknya itu berusia 44 hari.
"Assalamualaikum, hi uncle and aunty, sayalah Ardy Wira Bin Ardy Shafiq, umur saya 44 hari. Hobi saya kentut!
"Doakan saya sihat dan membesar jadi anak yang bijak, soleh dan buat semua orang happy.
"Nanti Mommy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambil gambar saya je, happy Sunday everyone!" kongsi Betty menerusi entri di Instagram miliknya.
Betty yang juga adik kepada penerbit dan pelakon terkenal, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida telah mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis atau nama sebenarnya Ardy Shafiq pada 5 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Ardy Wira yang dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!