Kekalahan PH: Rakyat mahu masalah diselesaikan segera

Calon PH, Aiman Nazali bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berhimpun di Kem PH di luar Dewan Sri Cempaka MPKJ. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Calon PH, Aiman Nazali bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berhimpun di Kem PH di luar Dewan Sri Cempaka MPKJ. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan PRK DUN Semenyih merupakan tuntutan rakyat kepada PH supaya segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarkan dua PRK lalu, PH akan segera menggarap mesej pengundi dengan mengemukakan inisiatif baharu sebagai langkah masa depan.

Katanya, kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

"Majlis Tindakan Ekonomi akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah di kalangan rakyat.

"Kita harus berani dan tidak gundah-gulana untuk segera melaksanakan janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan bagian integral daripada agenda nasional. Kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih apabila Zakaria Hanafi menang dengan mendapat 19,780 undi, menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Beliau menewaskan calon PH Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, manakala calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul 847 undi dan calon Bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 725 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!