Klopp sahkan van Dijk tak cedera

Virgil Van Dijk
Virgil Van Dijk
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Virgil van Dijk cergas untuk berdepan Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Van Dijk dilaporkan mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili Belanda menundukkan Turki 6-1 pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada Rabu.

Bagaimapun, Klopp memberitahu pemain pertahanan tengah itu telah memaklumkan kepadanya bahawa tidak mengalami kecederaan serius.

"Apa yang berlaku kepada Virgil sudah tentu menakutkan kepada saya. Anda boleh membayangkannya jika dia cedera teruk.

"Saya menghantar mesej kepadanya selepas perlawanan dan van Dijk mengakui mengatakan dia 200 peratus cergas. Saya cukup lega," katanya.

Van Dijk baru saja kembali beraksi selepas berehat panjang musim lalu akibat kecederaan lutut ketika menentang Everton pada Oktober.

Dalam masa sama, Klopp turut mengesahkan pemain tengahnya, Naby Keita selamat selepas Guinea mengalami rampasan kuasa oleh tentera negara itu.

"Naby dalam keadaan baik. Semalam dia tidak ada bersama dalam latihan pasukan. Tetapi, saya dapat sahkan dia sudah berada di Liverpool," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!