Isteri polis rugi RM20,800, terpedaya pulangan pelaburan lumayan

Isteri seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, mengalami kerugian RM20,800 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan secara dalam talian. Gambar hiasan (Gambar hiasan: Aibee Abd Ghani)
Isteri seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, mengalami kerugian RM20,800 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan secara dalam talian. Gambar hiasan (Gambar hiasan: Aibee Abd Ghani)
A
A
A

KUALA PILAH - Isteri seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, mengalami kerugian RM20,800 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa yang berusia 32 tahun itu, sebelum ini pernah berurusan dengan suspek untuk membuat kerja secara dalam talian dengan dijanjikan bayaran tertentu.

Katanya, pada 5 September, mangsa telah menerima bayaran sebanyak RM230 setelah melakukan kerja secara dalam talian seperti yang dijanjikan.

"Namun pada Isnin lalu, suspek lelaki tersebut sekali memperkenalkan satu pelaburan bernama IBC Trader dan menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mendorong mangsa melakukan tujuh transaksi ke dalam sebuah akaun atas nama Muhammad Saiful Suhaimi dengan berjumlah keseluruhan RM20,800.

"Bayaran tersebut dibuat kerana dijanjikan pulangan yang banyak, namun selepas transaksi dilakukan, lelaki tersebut gagal dihubungi sehingga hari ini,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mangsa ujar beliau, berkali-kali cuba menghubungi suspek, malangnya nombor telefon mangsa disekat.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di IPD Kuala Pilah bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan berwaspada dengan setiap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!