Terus patuh SOP, elak lonjakan kes Covid-19 berulang

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat di Selangor merupakan usaha berterusan semua pihak meningkatkan kadar vaksinasi yang kesannya dapat dilihat melalui penurunan kes Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kemas kini di Facebook turut mengingatkan rakyat membiasakan diri dengan norma baharu dan kekal patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak lonjakan kes Covid-19 berulang.

"Amalan ini adalah sebahagian dari norma baharu yang harus menjadi tanggungjawab bersama seluruh rakyat Selangor," katanya menerusi kemas kini di Facebook pada Jumaat.

Katanya, menjaga SOP menjadi tanggungjawab bersama dan tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika berlaku lonjakan kes.

"Kita harus belajar daripada beberapa contoh yang terjadi apabila kadar jangkitan telah menurun hasil dari vaksinasi, namun lonjakan kes berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP.

"Kealpaan ini akan menyebabkan jangkitan merebak dan beberapa sekatan akan dikuatkuasakan semula," katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN berkuat kuasa Jumaat yang membolehkan tiada sekatan pergerakan antara negeri-negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!