Istana Kelantan tarik balik Darjah Kebesaran Mohd Annuar Zaini

ANNUAR
ANNUAR
A
A
A
KOTA BHARU - Istana Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, mulai 1 Mac 2019.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, Mohd Annuar, Ahli Dewan Negara Perak, telah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat yang disampaikan pada hari yang sama.

"Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah mewartakan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna)(Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjara tidak kurang tiga tahun bagi mana-mana orang yang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan yang telah dibatalkan atau ditarik balik oleh Baginda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazran berkata, enakmen itu juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat siasatan di bawah enakmen berkenaan termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan-kesalahan di bawah enakmen itu. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!