Harga ayam: Kepentingan semua pihak perlu diambil kira

Kepentingan semua pihak perlu diambil kira dalam menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran.
Kepentingan semua pihak perlu diambil kira dalam menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kepentingan semua pihak perlu diambil kira dalam menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, faktor kenaikan harga ayam harus ditangani dengan baik supaya kepentingan semua pihak dalam industri itu termasuk pengguna terjaga.

"Kita setuju bahawa perlu ada keseimbangan antara kos pengeluaran produk makanan dan pengguna keseluruhannya," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Menurutnya, kementerian akan meneliti beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga itu termasuk faktor logistik, perolehan anak ayam dan komponen bagi menghasilkan dedak ayam.

RONALD. FOTO ROSLI TALIB
RONALD. FOTO ROSLI TALIB

"Seperti kita maklum, turun naik harga komponen bagi menghasilkan makanan haiwan seperti jagung dan kacang soya bergantung kepada harga pasaran dunia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap peningkatan harga ayam yang mencecah sehingga RM10 sekilogram sehingga meresahkan pengguna.

Beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka sejak awal bulan ini melaporkan kenaikan harga tersebut didakwa berpunca daripada kenaikan harga yang berlaku di peringkat penternak dan pemborong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!