'Cinta' India-Pakistan bersatu

Jai dan isterinya, Habiba mengikat tali cinta pada 23 Februari lalu.
Jai dan isterinya, Habiba mengikat tali cinta pada 23 Februari lalu.
A
A
A

DUBAI - EMIRIAH ARAB BERSATU. Ketika India dan Pakistan terlibat dalam konflik baharu, sepasang kekasih dari kedua-dua negara kuasa nuklear itu telah mengikat tali perkahwinan di Dubia selepas enam tahun menyulam cinta.

Lelaki Gujarati dari Mumbai dikenali sebagai Jai dan Habiba dari Karachi akhirnya disatukan pada 23 Februari lalu.

Keluarga kedua-dua belah pihak turut sama menghadiri majlis perkahwinan mereka di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Islamabad dan Pakistan.

Krisis kedua-dua negara itu tidak menghalang pasangan tersebut untuk berkahwin walaupun hubungan mereka juga pernah berdepan waktu sukar sepanjang tempoh enam tahun bercinta.

Ketika mengumumkan khabar gembiran #JaibBibaForever itu di Facebook, Jai memuat naik gambar perkahwinan mereka dengan kapsyen, 'Enam tahun sebelum ini, kami ada rasa takut kerana saya dari India dan dia dari Pakistan. Tetapi, kami memilih untuk tidak putus asa. Dan akhirnya selepas enam tahun dan terlibat dengan banyak pergaduhan, pengorbanan dan waktu sukar, kami secara rasmi bersatu!

'Di sempadan, India dan Pakistan bermusuh, tetapi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kami telah membuktikan cinta boleh menyatukan kami!' - Gulf News

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!