Patung gergasi lebih RM99 juta terpaksa dipindahkan kerana buruk

Inilah patung gangsa gergasi Jeneral Guan Yu yang terpaksa diruntuhkan berikutan aduan daripada penduduk Jingzhou di China baru-baru ini. - Foto Getty Images
Inilah patung gangsa gergasi Jeneral Guan Yu yang terpaksa diruntuhkan berikutan aduan daripada penduduk Jingzhou di China baru-baru ini. - Foto Getty Images
A
A
A

BEIJING - Kerajaan China dilaporkan membelanjakan sehingga AS$24 juta (RM99.5 juta) untuk memindahkan sebuah patung gangsa gergasi berikutan aduan penduduk yang menyatakan ia menyakitkan pemandangan di bandar Jingzhou, wilayah Hubei baru-baru ini.

Kos patung itu semasa ia dibina ialah AS$26 juta (RM107.85 juta) pada tahun 2016 dan ketika ini kerja-kerja untuk mengalihkan ia dari tempat asalnya sedang dilakukan oleh para pekerja.

Patung gergasi setinggi lebih 57meter itu menunjukkan bentuk badan Guan Yu iaitu seorang jeneral terntera semasa dinasti Han berkuasa iaitu sekitar tahun 202 sebelum Tahun Masihi sehingga 220 Selepas Tahun Masihi.

Bagaimanapun, lama-kelamaan patung tersebut dikenali sebagai dewa perang.

Namun, penduduk tempatan dan beberapa pegawai kerajaan mengadu bahawa patung tersebut yang seberat 1, 200 tan itu kelihatan buruk.

Pada Disember tahun lalu, Kementerian Perumahan Jingzhou memutuskan bahawa patung tersebut perlu dialihkan dari tempat asalnya kerana ia menjejaskan kebudayaan Jingzhou. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!