Sedia buka sekolah apabila capai imuniti kelompok

Sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini. Gambar kecil: Hasnah
Sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini. Gambar kecil: Hasnah
A
A
A

SHAH ALAM - Negara sudah bersedia untuk membuka semula sesi persekolahan terutama di negeri atau daerah yang sudah mencapai imuniti kelompok.

Menurut pakar pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran, sudah tiba masa untuk membuka semula sesi persekolahan jika lingkungan sosial sudah divaksin lengkap.

Jelas beliau, lingkungan itu meliputi keluarga pelajar, warga sekolah seperti guru, kerani, pekerja kantin dan pemandu bas sekolah.

“Kalau kita hendak tunggu pelajar untuk dapat dos vaksin, saya rasa ia akan makan masa yang agak panjang.

“Menteri kesihatan turut menyarankan perkara yang sama bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Hasnah berpandangan, ibu bapa perlu memastikan sekolah bersedia untuk menjalankan sesi persekolahan secara bersemuka iaitu memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Hasnah juga berharap agar sesi persekolahan secara bersemuka dapat dijalankan pada kadar segera.

Jelasnya, kelewatan berbuat demikian dikhuatiri bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pendidikan pelajar, malah akan mengganggu situasi sosial mereka.

“Saya bukan sahaja bimbang mereka tidak kenal A,B,C, atau 1, 2, 3, saya juga bimbang situasi sosial mereka.

Artikel Berkaitan:

“Mereka perlu bergaul bersama rakan. Apabila terkurung, takut ia mengganggu mental mereka pula,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!