Polis tahan lelaki mabuk tunggang motosikal

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk menerusi Op Motosikal di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata lelaki berumur 40 tahun itu ditahan dalam operasi tiga jam bermula 10.30 malam tadi.

Dalam operasi yang disertai enam pegawai dan 94 anggota Trafik Kuala Lumpur dan lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan itu, sebanyak 375 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Sebanyak 725 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi itu, katanya kepada pemberita di sini.

Zulkefly berkata operasi seperti ini akan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!