Hentikan jualan, pembelian bekalan oksigen tidak ikut peraturan: MMA

Dr M Subramaniam
Dr M Subramaniam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan rasa bimbang terhadap iklan berleluasan bekalan oksigen yang boleh membekalkan 99 peratus oksigen tulen untuk kegunaan isi rumah.

Presiden MMA, Profesor Datuk Dr M Subramaniam dalam satu kenyataan berkata, penjualan dan pembelian bekalan oksigen yang tidak terkawal harus dihentikan kerana amalan ini tidak bermanfaat, bahkan boleh membahayakan pesakit serta menyebabkan kebakaran.

"Malah ada sebuah syarikat terlibat turut mendakwa bahawa produk tersebut telah disetujui oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya sambil menambahkan bahawa bekalan oksigen hanya perlu dibekalkan oleh wakil pengamal perubatan yang berdaftar.

Ahli seumur hidup MMA dan Profesor Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Awam Universiti Malaya, Dr Victor Hoe dalam kenyataan dipetik sebagai berkata, bahawa pernafasan 100 peratus oksigen untuk jangka masa yang lama dapat menyebabkan komplikasi kerana tubuh manusia sudah terbiasa dengan 21 peratus oksigen optimum, sama seperti udara yang kita hirup. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!