'Pemimpin politik ibarat kepala kereta api yang membawa rakyat'

Nurhayati semasa Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah di Kumpulan Karangkraf, pada Sabtu.
Nurhayati semasa Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah di Kumpulan Karangkraf, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Gejala rasuah perlu dibendung bermula daripada ahli politik negara yang seharusnya menjadi contoh kepada rakyat.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, ini kerana ahli politik berperanan dalam membentuk sesebuah negara dan juga rakyatnya.

“Ia seperti kereta api, berada di hadapan membawa rakyat menuju kepada destinasi yang amat penting dan menjadi manfaat kepada seluruh yang ditinggalkan.

“Rasuah perlu dibetulkan dari peringkat tunggul arang kerana ia telah berada jauh di dalam bumi. Kalau kita bakar keliling pun langsung tidak jadi apa-apa perubahan,” katanya semasa Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nurhayati berkata, Rasuah Busters diwujudkan bagi membawakan satu kerjasama antara rakyat bersama para pemimpin negara ke arah perubahan tamadun.

“Boleh Jadi, hari ini kita tidak dapat lihat hasil. Tapi kita akan lihat bahwa generasi akan datang akan jadi jauh lebih baik daripada apa yang kita terpaksa lalui pada hari ini.

“Bermula dari sedikit, ketirisan yang bocor. Kalau kita biarkan dan gagal melihat sebagai seorang penentang rasuah, satu hari nanti ia akan menjadi paip yang pecah dan akan merosakkan serta meruntuhkan negara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!