Terbuka AS: Medvedev janji aksi terbaik
PEMAIN tenis dari Rusia, Daniil Medvedev berharap mampu menebus kekecewaannya dalam dua perlawanan akhir Grand Slam sebelum ini apabila menentang Novak Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Medvedev mara ke pentas final selepas menewaskan pemain pilihan ke-12 kejohanan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-4, 7-5, 6-2 dalam perlawanan kelompok empat terbaik.
“Sejujurnya permainan saya tidak berada pada tahap terbaik pada hari ini, namun saya amat gembira apabila dapat mara ke perlawanan akhir kejuaraan ini.
“Kita semua tahu apa yang diburu oleh Novak Djokovic di kejuaraan pada kali ini, dan sebelum ini saya pernah tewas dalam dua perlawanan akhir, namun apa yang boleh saya katakan adalah saya akan memberikan aksi terbaik,” kata naib juara edisi Terbuka AS 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!