'Beri jaminan ICERD benarkan tindakan afirmatif'
A
A
A
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, jaminan tersebut perlu diberikan dan bukannya hanya dakwaan kosong semata-mata.
“Ada yang mengatakan ratifikasi tidak akan menjejaskan tindakan afirmatif kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana kebenaran di dalam Artikel 1(4) ICERD.
“Ini tidak benar kerana ICERD mensyaratkan tindakan afimatif tersebut mestilah tidak mengadakan hak berasingan kepada dua kumpulan berbeza dan akan dimansuhkan bila tujuan keistimewaan dicapai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang dilihat masih mempertahankan ratifikasi ICERD untuk dilaksanakan di negara ini.
“ICERD sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
“Tetapi kenapa masih ada menteri yang berdolak dalik mencari helah masih mahu mempertahankan ratifikasi ICERD? Kenapa media khususnya portal masih tidak mahu akur dengan keputusan kerajaan tersebut?,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ke semua hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda sekiranya ICERD diratifikasi.
“Perlembagaan Persekutuan memang memberikan hak berbeza antara orang Islam dan bukan Islam, antara orang Melayu-Bumiputera dan bukan Bumiputera.
“Sebagai contoh undang-undang keluarga Islam yang berlainan bagi orang Islam dan bukan Islam, larangan pemilikan tanah tertentu kepada golongan tertentu seperti bukan anak Sabah tidak boleh memiliki tanah tertentu di Sabah,” katanya.
Tambah beliau, hal sama juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Kelantan dan Sarawak, malah tanah adat di Negeri Sembilan hanya boleh dimiliki oleh wanita tempatan anak negeri sahaja.
“Kesemua hak tersebut tidak dinyatakan tempohnya. Ia dilaksana selagi tiada pindaan kepada undang-undang.
“Oleh itu syarat di dalam Artikel 1(4) ICERD tersebut tidak boleh dinikmati oleh Malaysia. Kesemuanya perlu dipinda jika ICERD diratifikasi,” katanya.
Menurutnya, ICERD bakal memusnahkan jati diri negara dan menodai kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat sekian lama.
“Tanpa ICERD pun tiada diskriminasi kaum di Malaysia dan orang bukan Melayu diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta.
“Tanpa ICERD pun rakyat berbilang agama bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, tanpa ICERD pun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!