Sainz kemalangan, Hamilton catat masa terpantas

Sainz Jr keluar dari jentera Ferrari yang terlibat kemalangan semasa sesi ujian masa kedua di Monza. - Foto AFP
Sainz Jr keluar dari jentera Ferrari yang terlibat kemalangan semasa sesi ujian masa kedua di Monza. - Foto AFP
A
A
A

JENTERA dipandu pelumba Ferrari, Carlos Sainz Jr terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian masa kedua Formula 1 Grand Prix Itali pada ketika juara tujuh kali Lewis Hamilton mencatat masa terpantas buat Mercedes di Litar Autodromo Nazionale, Monza.

Pelumba Sepanyol tersebut melanggar tembok penghadang ketika sesi ujian berbaki setengah jam berkata, "Saya mengalami kemalangan. Ia sedikit menyakitkan tetapi saya baik-baik saja," katanya melalui radio.

Sainz yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan di GP Belanda hujung minggu lalu dikejarkan ke pusat perubatan sebelum sesi ujian masa berbaki 20 minit itu disambung semula.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!