Covid-19: Kes seluruh dunia melepasi 224 juta, korban 4.62 juta
JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 224 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 40.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.9 juta kes.
United Kingdom dan Rusia antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Perancis, dan Turki melebihi 6 juta kes.
Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.2 juta, Malaysia 1.9 juta kes dan Thailand dengan 1.3 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 71,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.62 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 656,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 585,000 kes, India lebih 442,000 kes dan Mexico lebih 266,000 kes.
Sementara United Kingdom kini catat lebih 134,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 138,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 20,000 kes manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!