Lelaki ditemui terdampar atas batu di Pulau Pangkor

Seorang lelaki tempatan ditemui terdampar atas batu di Pulau Pangkor pada Sabtu. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Perak
Seorang lelaki tempatan ditemui terdampar atas batu di Pulau Pangkor pada Sabtu. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Perak
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menyelamatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditemui terdampar di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor, di sini pada Sabtu.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, lelaki tempatan itu ditemui dalam keadaan lemah dan separa sedar terbaring di atas batu kira-kira jam 1.10 petang.

Menurutnya, misi pemindahan perubatan (Medevac) dilaksanakan sebaik menerima aduan awam.

"Bot Benteng 6 telah diatur gerak serta-merta ke lokasi bagi melaksanakan misi menyelamat mangsa.

"Krew bersama komuniti nelayan setempat berusaha memberi bantuan kecemasan dan membawa mangsa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Lelaki tempatan yang ditemui terdampar atas batu di Pulau Pangkor pada Sabtu dibawa Pasukan Maritim Malaysia Perak bagi mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Perak

Shahrizan berkata, punca kejadian masih disiasat berikutan mangsa masih trauma serta lemah dan tidak dapat berkomunikasi.

"Mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Maritim Malaysia meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat

Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!