Meterai MoU kerajaan, PH langkah menuju kestabilan politik

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memuji persetujuan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan.

Menurutnya, pemeteraian MoU itu merupakan satu langkah menuju kestabilan politik.

“Saya sangat berharap bahawa ini tidak akan menjejaskan peranan ahli Parlimen dalam memastikan semak dan imbang setara dengan demokrasi,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas laporan PH bersetuju memeterai MoU dengan kerajaan tetapi tertakluk kepada penambahbaikan yang perlu diperhalusi kedua-dua pihak sebelum dimuktamadkan.

Majlis Presiden PH berkata, MoU itu susulan pertemuan di antara pimpinan tertingginya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Ogos lalu.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu turut mengingatkan kedua-dua pihak berhubung urusan yang dibuat itu.

“Urusan yang belum selesai dari sesi terakhir sebelum ini tidak baik dalam berurusan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!