Guardiola puji aksi pemain
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memuji aksi kesebelasan pemain The Citizens terutamanya Bernardo Silva yang dilihat beraksi cemerlang bagi melakar kemenangan ketika berdepan Leicester City 1-0 di Stadium King Power, pada Ahad.
Menurut Guardiola, jaringan Silva pada minit ke-62 dilihat cukup memadai bagi memastikan City meraih tiga mata berharga.
“Saya gembira dengan kemenangan ini yang sekali gus menyaksikan ‘kembalinya’ Silva dengan prestasi terbaiknya dari segi mental dan fizikal.
“Bagi saya, dia sememangnya seorang pemain yang hebat dan dia membuktikannya pada perlawanan ini.
“Selain menjaringkan gol, dia juga turut menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain-pemain lain terutamanya pemain-pemain lain,” katanya.
Untuk rekod, selain jaringan Silva, City turut berpeluang menjaringkan gol menerusi Ilkay Gundogan dan Jack Grealish namun percubaan kedua-dua pemain berkenaan gagal menepati sasaran.
Aksi cemerlang pemain berusia 27 tahun itu sekali gus melenyapkan khabar angin yang berhubung perpindahannya ke kelab baharu sebagaimana yang hangat diperkatakan pada jendela perpindahan baru-baru ini.
Sementara itu Guardiola menegaskan Silva sebenarnya telah pun mempamerkan aksi mantap pada dua perlawanan terdahulu di sebalik khabar angin berkenaan.
“Biarpun tumpas 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada aksi sulung 15 Ogos lalu, dia beraksi cukup baik pada dua perlawanan selepas itu dengan membantu kemenangan 5-0 ke atas Norwich City pada 21 Ogos, menang 5-0 ke atas Arsenal (28 Ogos) dan kali ini menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Leicester.
“Dengan rekod 11 gol dalam tiga perlawanan juga menunjukkan kesemua pemain City kini dalam keadaan yang cukup bersedia untuk melakarkan lebih banyak kejayaan selepas ini,”| katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!