J4U bantu individu mulakan perniagaan tanpa modal

Juara CKT memperkenalkan program J4U untuk bantu masyarakat bangkit berniaga.
Juara CKT memperkenalkan program J4U untuk bantu masyarakat bangkit berniaga.
A
A
A
SEREMBAN - Restoran Juara Char Kuey Teow (CKT) membuka peluang perniagaan tanpa modal menerusi program Juara For You (J4U) bagi membantu individu yang terkesan terutama mereka yang hilang pekerjaan sepanjang pandemik Covid-19.

Pemilik Juara CKT, Norazita Abdul Aziz berkata, program J4U terbuka kepada semua individu yang berminat dengan menyasarkan 10 individu terawal.

Menurutnya, program tanpa modal yang disertakan dengan modul latihan usahawan, motivasi dan bimbingan kerjaya itu bakal mengubah nasib mereka yang berminat selain mahu menjadikan kerjaya sebagai usahawan niaga.

"Buat permulaan ini kita mengambil 10 usahawan dan pengambilan kedua pada Januari tahun depan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran program J4U di Seremban 2 pada Ahad.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Jelasnya, individu yang menyertai program berkenaan akan memulakan perniagaan dengan membawa produk Juara CKT iaitu menjual masakan panas seperti char kuetiau, kuetiau goreng, mi goreng dan air balang.

"Mereka juga akan diberi peralatan pendahuluan termasuk khemah, set tempat memasak serta kuali dan dua meja niaga jenis lipat di samping turut dibekalkan bahan mentah untuk masak masakan panas," katanya.

Beliau yang juga pengasas program J4U berkata, jangka masa program merangkumi tiga fasa iaitu latihan praktikal selama tiga bulan, asas niaga selama tiga bulan serta berniaga di tapak selama dua tahun iaitu menggunakan nama restoran Juara CKT.

Sementara itu, Nicole Tan berkata, inisiatif itu merupakan usaha yang baik bagi membantu individu yang memerlukan selain menyuntik semangat mereka untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya.
Artikel Berkaitan:


"Saya harap usaha Juara CKT ini dapat membuka peluang lebih ramai terutama mereka yang kehilangan pekerjaan dan mampu mengubah nasib mereka ketika ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!