'Duit RM3,000 dalam tin biskut hangus'

Dari kiri, Muhammad Amzar Haziq, Ghazali dan Sopiah melihat duit sebanyak RM3,000 yang disimpan dalam tin biskut hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Felda Lubok Merbau, Kuala Nerang.
Dari kiri, Muhammad Amzar Haziq, Ghazali dan Sopiah melihat duit sebanyak RM3,000 yang disimpan dalam tin biskut hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Felda Lubok Merbau, Kuala Nerang.
A
A
A

KUALA NERANG - Kira-kira RM3,000 duit simpanan seorang remaja sindrom down yang disimpan dalam tin biskut untuk membeli telefon pintar hangus selepas rumahnya di Felda Lubok Merbau, dekat sini terbakar pada pagi Sabtu.

Duit milik Muhammad Amzar Haziq Mohd Azlan,13, itu semua habis terbakar dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

Nenek mangsa, Sopiah Saidin, 83 berkata, kebakaran tersebut disedarinya di bahagian atas kediamannya sebelum memanggil empat cucunya termasuk Muhammad Amzar Haziq untuk menyelamatkan diri dengan berlari ke luar rumah.

"Kejadian berlaku dengan pantas dan semua dokumen penting seperti kad pengenalan memang tak sempat diselamatkan. Duit simpanan Muhammad Amzar Haziq sebanyak RM3,000 yang mahu digunakan untuk membeli telefon pintar juga hangus.

"Duit dalam tin biskut adalah hasil simpanan duit raya, duit pemberian orang dan duit sekolahnya," kata warga emas tersebut ketika menerima kunjungan Pengerusi Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (Rapat), Datuk Seri Ghazali Ibrahim di Felda Lubok Merbau, dekat sini pada Ahad.

Ghazali (dua kanan) melihat rumah Sopiah yang terbakar di Felda Lubok Merbau, Kuala Nerang pada Sabtu.
Ghazali (dua kanan) melihat rumah Sopiah yang terbakar di Felda Lubok Merbau, Kuala Nerang pada Sabtu.

Ghazali hadir menyampaikan sumbangan daripada Rapat bagi membantu meringankan beban Sopiah sekeluarga.

Sopiah berkata, walaupun tidak dapat menyelamatkan barang dan perabot di rumahnya yang terbakar, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semasa kejadian, anak-anaknya tidak berada di rumah dan dia pula tidak mampu menyelamatkan barang-barang untuk dibawa keluar dari rumah tersebut kerana api sedang marak.

"Buat masa ini saya tinggal dahulu di rumah anak yang berada di belakang rumah terbakar ini.

"Apapun, saya bersyukur kerana tidak berlaku tragedi yang tidak diingini. Mujur kebakaran ini disedari awal dan saya serta cucu-cucu sempat menyelamatkan diri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!