Bagnaia sambar gelaran sulung MotoGP

Bagnaia menjuarai GP Aragon sebentar tadi.
Bagnaia menjuarai GP Aragon sebentar tadi.
A
A
A

PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia berjaya mengetepikan cabaran sengit juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez ketika memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon sebentar tadi.

Ia adalah kejayaan sulung Bagnaia sejak penampilan kali pertama dalam kategori MotoGP selepas meraih 10 kejuaraan sebelum ini dalam saingan Moto2 dan Moto3.

Selepas merangkul petak utama dengan mencatatkan rekod sepusingan pada Sabtu, Bagnaia memimpin perlumbaan dengan diekori Marquez yang memburu kemenangan MotoGP buat kali ke-58 dalam kariernya.

Kedua-dua pelumba itu berjaya meninggalkan kumpulan besar dengan Marquez beberapa kali cuba memintas Bagnaia sehingga ke pusingan terakhir.

Bagaimanapun, Bagnaia kekal konsisten dengan tunggangannya untuk melintasi garisan penamat selaku juara.

"Sudah tentu kejayaan hari ini cukup mengagumkan. Kami bekerja keras sepanjang minggu ini untuk mendapatkan keputusan terbaik," kata Bagnaia.

Berbaki lima pusingan, pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 214 mata diikuti Bagnaia (161) dan pelumba Team Suzuki Ecstar, Joan Mir (157).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!