Selesaikan masalah secara demokrasi bermusyawarah: Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah membabitkan semua masalah yang dihadapi.

Justeru, Al-Sultan Abdullah menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

"Kematangan seperti inilah yang didambakan oleh seluruh rakyat Beta. Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi 'biduk lalu, kiambang bertaut'. Sesungguhnya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

"Hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah 'Keluarga Malaysia' sahajalah kita akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh," titah Seri Paduka Baginda dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.

Al-Sultan Abdullah dalam masa sama bertitah bahawa negara kini berada di atas landasan yang kukuh dalam menangani pandemik Covid-19 menerusi pembentukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta pakej bantuan kewangan dan rangsangan ekonomi kepada rakyat.

"Beta amat menghargai segala usaha berterusan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai strategi bagi menangani pandemik Covid-19 serta impaknya terhadap aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!