Agong ajak ahli Parlimen, rakyat ingati mangsa Covid-19
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan titah ucapan istiadat pembukaan Dewan Rakyat dengan mengajak ahli Parlimen dan rakyat Malaysia bertafakur bagi memperingati mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.
Titah Seri Paduka Baginda, mereka yang beragama Islam membaca al-Fatihah dan bukan Islam bertafakur selama seminit.
“Ingin mengajak ahli-ahli berhormat sekalian dan seluruh rakyat Malaysia untuk bertafakur dan kepada yang beragama Islam untuk membaca surah al-Fatihah bagi kita memperingati rakyat beta yang telah terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya menemui Tuhan Yang Maha Esa akibat Covid-19,” titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.
Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!