MoU: Dakwaan Khairuddin tak berasas

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dakwaan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa Pakatan Harapan (PH) mengetepikan parti pembangkang lain berkenaan perjanjian persefahaman (MoU) petang ini adalah tidak berasas.

Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke Siew Fook sebaliknya berkata, pimpinan tertinggi PH telah berbincang dengan semua pimpinan parti pembangkang yang lain berkenaan proses rundingan dengan kerajaan.

Pada petang Ahad, satu taklimat khas telah disampaikan oleh pimpinan tertinggi PH kepada Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan isi kandungan MoU (perjanjian persefahaman) tersebut.

"Wakil Parti Warisan juga dijemput untuk taklimat namun mereka tidak hadir.

"Kami difahamkan Parti Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MoU tersebut dengan kerajaan. PH menghormati pendirian mereka tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Anthony berkata, PH akan terus bekerjasama dengan semua ahli Parlimen blok pembangkang dalam isu di Parlimen termasuk melibatkan ahli Parlimen Pejuang, Warisan dan Bebas dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee) baharu yang bakal ditubuhkan.

"Ia merupakan sebahagian daripada komitmen yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam MoU akan ditandatangani petang Isnin," katanya.

Khairuddin dalam satu kenyataan pada malam Ahad kesal dan mendakwa PH mengetepikan parti pembangkang lain dalam MoU dengan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Khairuddin didakwa menuduh Anwar dan pemimpin PH lain sebagai 'tidak boleh dipercayai' dan mendakwa sikap mereka bertujuan mempergunakan sokongan orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak lebih daripada itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!