Pejalan kaki maut dilanggar motosikal

Seorang wanita yang sedang melintas jalan maut selepas dilanggar sebuah motosikal di KM6, Jalan Kluang- Batu Pahat pada Isnin.
Seorang wanita yang sedang melintas jalan maut selepas dilanggar sebuah motosikal di KM6, Jalan Kluang- Batu Pahat pada Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT- Seorang wanita maut selepas dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian di kilometer 6, Jalan Kluang Batu Pahat, di sini pada Isnin.

Mangsa, Ang Hui Yin, 46, meninggal dunia akibat cedera parah dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Parit Raja ke Batu Pahat.

"Penunggang motosikal terbabit merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut Ismail, semasa kemalangan berlaku cuaca hujan renyai dan keadaan jalan lurus.

"Pejalan kaki dinasihatkan lebih berhati-hati. Pengguna jalan raya juga diingatkan agar lebih berhati-hati semasa memandu, patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya di samping peka kepada lalu lintas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!