‘Sesiapa nak jawab, tunggu tahun depan’
KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pada Isnin yang berakhir pada tengah hari disambut gelak ketawa mereka yang hadir.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berseloroh kepada mereka yang mahu menjawab titah tiga rangkap pantun Seri Paduka Baginda supaya menunggu tahun hadapan.
“Kalau sesiapa nak jawab, tunggu tahun depan,” seloroh baginda.
Mereka yang berada di dalam Dewan Rakyat tersenyum dan ketawa dengan titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah sebelum itu ‘menitipkan’ tiga rangkap pantun kepada ahli Dewan Rakyat sebelum merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.
"Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang,
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.
"Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah,
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.
“Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli,
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.
Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan yang bermula pada Isnin akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Oktober.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!