Bilik guru SK Sungai Nibong terbakar
BAYAN LEPAS - Bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nibong di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini terbakar pada Isnin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.53 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru digegaskan ke tempat kejadian.
Menurutnya, kebakaran berkenaan menyebabkan hampir 30 peratus bilik guru yang terletak di tingkat satu musnah.
"Kebakaran dapat dikawal dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian dengan dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak serta balai berhampiran.
"Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Jurucakap berkenaan berkata, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!