Tahap keselamatan negara terkawal: KPN

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini adalah terkawal berdasarkan situasi semasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sentiasa memantau senario keselamatan semasa negara.

"Kita akan mengambil tindakan tegas jika ada mana-mana pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Acryl Sani berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

"Orang ramai diminta tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

"Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat," katanya.

Tambah beliau, pihaknya sedia maklum mengenai pihak kedutaan Jepun di Malaysia yang mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara di Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!