Operator jentolak maut dihempap batu besar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUCHING - Seorang operator jentolak bersama jenteranya tertimbus dihempap batu besar dalam kejadian kuari roboh kira-kira 3.18 petang Isnin di Jalan Kampung Tanjung Durian Siniawan, Bau, kira-kira 22 kilometer (km) dari sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan keadaan mangsa, Anthony Kanna, 48, masih tertimbus dan belum dijumpai kerana kerja-kerja 'site clearing' terpaksa ditangguhkan serta-merta pada 4.45 petang berikutan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.

“Bagaimanapun operasi menyelamat kembali diteruskan pada 5.30 petang dengan sebuah jentera penebuk digerakkan bagi menebuk batuan besar untuk memasang bom dan memecahkan batu-batu yang menghempap mangsa,” menurut PGO.

Empat buah jengkaut dan jentolak milik syarikat Holy Stone Quarry sebelum itu membuat pembersihan tapak 'site clearing' untuk ke lokasi jengkaut yang tertimbus yang dianggarkan 50 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menurut PGO, maklumat awal mendapati pada sebelah pagi tadi, aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari berkenaan dilakukan pihak syarikat itu menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh.- Bernama

kuari, roboh, bomba, bau, PGO, PKTK

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!