Bahaya apabila pelajar mula jauh hati dengan sekolah

Ada sesetengah pihak berpandangan dengan jumlah kes sekarang ini, langkah membuka semula sesi persekolahan elok ditangguh dulu. Gambar hiasan
Ada sesetengah pihak berpandangan dengan jumlah kes sekarang ini, langkah membuka semula sesi persekolahan elok ditangguh dulu. Gambar hiasan
A
A
A

SEMALAM Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan tentang langkah dan strategi untuk membuka semula sekolah.

Merak Jalanan memang puji usaha Kementerian Pendidikan yang nampak komprehensif, tersusun dan lebih bersedia.

Pendidikan ini banyak stake holder dan ada macam-macam pandangan.

Ada sesetengah pihak berpandangan dengan jumlah kes sekarang ini, langkah membuka semula sesi persekolahan elok ditangguh dulu.

Tetapi adakah itu langkah yang baik untuk masa depan anak-anak kita.

Makin lama mereka berjauhan dengan sekolah banyak masalah akan timbul.

Merak Jalanan dengar cerita ada pelajar kini yang sudah mula bekerja dan mencari rezeki untuk diri serta keluarga.

Ini tidak patut berlaku melibatkan anak-anak kita. Mereka patut berada di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Itu belum lagi cerita murid tahun satu dan dua yang ada masalah untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Merak Jalanan juga amat berharap cikgu-cikgu dapat ambil pendekatan yang terbaik untuk menarik minat pelajar kembali ke sekolah.

Sehubungan itu, Merak Jalanan juga hendak mengajak semua pihak untuk sama-sama beri sokongan supaya sekolah dibuka dengan selamat.

Bagaimanapun, jika ada ibu bapa masih bimbang maka mereka juga ada pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah buat masa sekarang.

Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu buat persediaan untuk beli pakaian sekolah buat masa ini, malah kalau belum gunting rambut pun tiada tindakan akan diambil.

Harap pihak sekolah peka dengan apa yang telah diumumkan oleh KPM. Jangan nanti ada pihak keliru sehingga menimbulkan salam faham dalam kalangan ibu bapa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!