Tak lupa tugas ibu walaupun bergelar perajurit

Fadzillah ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
Fadzillah ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun bertugas sebagai perajurit bagi memastikan negara selamat dari ancaman luar, namun tugas sebagai seorang ibu untuk keluarga sentiasa menjadi keutamaan dan tidak dilupakan.

Ketua Pengarah Cawangan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Brigadier Jeneral Fadzillah Abdullah berkata, masa luang yang dimiliki ketika tidak bertugas digunakan sebaiknya bersama keluarga tercinta.

“Saya jenis orang yang suka memasak dari dulu lagi. Jadi, apabila waktu cuti, saya akan memasak untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

"Apabila saya memasak, saya akan memastikan keluarga makan bersama-sama dan menggunakan masa tersebut untuk berbual bersama-sama. Malah, sampai sekarang saya masih lakukan perkara sama,” katanya ketika menjadi panelis dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Turut serta menjadi panelis pada program itu ialah Pegawai Staf 1 Latih Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Kolonel Patricia Yapp Syau Yin; dan Ketua Cawang Pengurusan Pusat Peperangan Bersama (Pesama), Mejar Premalatha Vasandan, manakala Hazlin Hussain bertindak sebagai pengacara.

Sementara itu, Fadzillah yang merupakan juruterbang wanita pertama bagi pesawat angkut dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) berkata, pengalaman sepanjang 34 tahun berkecimpung dalam bidang ketenteraan menjadikan dirinya seorang yang berdisiplin.

Justeru, katanya, aspek disiplin sangat dititik berat dalam keluarganya terutama ketika membesarkan anak-anaknya.

“Saya melihat aspek disiplin ini membantu dalam proses pembesaran anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Saya boleh lihat pada waktu kecil, bilik anak saya bersepah sehingga nak cari 'gajah' dalam bilik dia pun tak jumpa.

“Tapi bila sudah besar, saya tengok dia makin berdisiplin bilik tak kecah macam ketika kecil dahulu,” kata secara berseloroh.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!