Ahli Parlimen jalani kuarantin wajib pakai PPE jika hadir undian

Datuk Azhar Azizan Harun
Datuk Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang sedang menjalani tempoh perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk menghadiri sesi pengundian di Dewan Rakyat.

Ia sebagai mana yang pernah dilaksanakan pada persidangan pada 14 dan 15 Disember lalu bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, selain itu, turut disyorkan adalah sistem penggiliran setiap satu jam melibatkan kehadiran ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ahli Dewan yang berstatus HSO disebabkan kontak rapat diberi pilihan untuk sesi undian jika ada sesi undian dengan memakai PPE, perkara ini pernah dilakukan pada 14 dan 15 Disember yang lalu,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Selasa.

Sidang Parlimen pada Selasa bakal memberi tumpuan kepada usul untuk memilih seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang akan berlangsung sebaik selesai sesi pertanyaan menteri dan jawab lisan.

Undian dijangka diadakan bagi memilih seorang calon ahli Parlimen berikutan terdapat dua calon dinamakan sebelum ini oleh blok kerajaan dan pembangkang.

Dalam pada itu, Azhar berkata, pengurusan Parlimen juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19 dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditambah baik.

Katanya, ahli-Ahli Parlimen perlu menjalani ujian RTK air liur secara berkala sepanjang tempoh persidangan.

Artikel Berkaitan:

"Ujian ini untuk Ahli-ahli Berhormat akan dijalankan di Dewan Bankuet Parlimen pada setiap hari Isnin dan Rabu. Ujian pertama akan bermula esok (Rabu) manakala bagi pegawai dijalankan di Dewan Serbaguna.

"Ujian mengambil masa selama 20 minit dan dibuat apabila Yang Berhormat tiba di Parlimen. Oleh itu, dimohon agar ahli-ahli Parlimen dapat hadir awal di Dewan Bankuet bagi mengelakkan kelewatan urusan dewan," katanya.

Beliau juga menambah, pengurusan parlimen Malaysia juga telah membuat penambahbaikan udara dalaman dan memasang sistem untuk membasmi jangkitan Covid-19 melalui udara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!