Rumah teres terbakar, suami isteri selamat

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah yang didiami sepasang suami isteri. Foto JBPM
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah yang didiami sepasang suami isteri. Foto JBPM
A
A
A

TEMERLOH - Sepasang suami isteri nyaris maut selepas rumah yang disewa terbabit dalam kebakaran di Taman Rimba Mentakab di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.57 petang itu, kedua-duanya berjaya keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab, Penolong Penguasa Bomba, Hairysam Mat Tahar berkata, kebakaran membabitkan 90 peratus kemusnahan.

Menurut beliau, seramai enam anggota bersama seorang pegawai dengan kekuatan logistik sebuah jentera pemadam dari BBP Mentakab bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

Keadaan rumah teres dua tingkat yang musnah 90 peratus akibat kebakaran di Taman Rimba pada Isnin. Foto JBPM
Keadaan rumah teres dua tingkat yang musnah 90 peratus akibat kebakaran di Taman Rimba pada Isnin. Foto JBPM

"Selain itu, operasi turut dibantu BBP Bukit Angin yang disertai enam anggota dan sebuah jentera pemadam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan tidak membabitkan sebarang nyawa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi tamat pada jam 9.24 malam.

Artikel Berkaitan:

Tambah Hairysam, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!