Bilionair China langgar peraturan setuju bayar RM2.2 bilion
NEW YORK - Tiga syarikat milik seorang bilionair China, Guo Wengui bersetuju membayar sebanyak AS$539 juta (RM2.2 bilion) dalam bentuk penalti bagi menyelesaikan dakwaan bahawa ia menjual mata wang kripto secara haram, kata Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Syarikat GTV Media Group, Saraca Media Group and Voice of Guo Media Inc. pada tahun lalu menjual aset-aset digital yang dikenali sebagai G-Coins dan G-Dolar termasuk saham, kata suruhanjaya tersebut.
Bagaimanapun, ia menyatakan jualan itu tidak pernah didaftarkan.
Sebelum ini Wengui melarikan diri dari China pada tahun 2014 dan menetap di AS pada tahun 2017.
Dia berdepan dengan hukuman di negara kelahirannya itu kerana melakukan penipuan dan pengubahan wang haram.
Namun, Wengui menggunakan media sosial dan syarikat medianya untuk menafikan tuduhan dia melakukan rasuah.
Dia juga mewujudkan perikatan anti-China dengan Steve Bannon iaitu penasihat utama kepada bekas Presiden AS, Donald Trump. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!