Gempa bumi bermagnitud 6.2 landa Ibaraki Jepun
TOKYO - Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter melanda wilayah Ibaraki Jepun pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gempa berlaku pada 7.46 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa berada 32.2 darjah utara dan 138.2 darjah timur pada kedalaman 450 kilometer, lapor Xinhua.
Beberapa bahagian di Ibaraki turut dilanda gempa dengan skala intensiti seismik mencecah tujuh.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan sehingga kini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!