Manchester City intai tiga mata

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menuntut permulaan positif dalam kalangan pemain The Citizens apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyingkap saingan Liga Juara-Juara dengan melayan kunjungan kelab Bundesliga, RB Leipzig di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Malah menurut Guardiola, tiga kemenangan di saingan liga seharusnya menjadi motivasi The Citizens memulakan kempen kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut langkah kanan selepas permulaan hambar aksi pembukaan liga.

"Saya gembira dalam tempoh tiga minggu ini apabila melihat komitmen dalam kalangan pemain Manchester City terutamanya dari segi latihan selepas pencapaian dilakar kelab ini musim lalu.

"Sesungguhnya dalam kalangan pemain The Citizens telah pun melupakan kekalahan kepada Tottenham dan bangkit untuk menang ke atas Arsenal, Norwich City dan Leicester City

"Saya berharap mentaliti menang ini dapat diteruskan sebagai penanda aras semasa sesi latihan yang kemudiannya diterjemahkan semasa di padang. Sesungguhnya ini elemen penting buat Manchester City," kata Guardiola.

Untuk rekod, Guardiola yang mengemudi Manchester City dengan tiga kejuaraan liga sejak mengambil alih The Citizens pada 2016 kini berada di kedudukan kelima liga satu mata di belakang pendahulu Manchester United.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!