2 terbunuh letupan bom di pusat pemeriksaan Covid-19 di Myanmar

Letupan bom di wilayah Mandalay, Myanmar menyebabkan dua orang terbunuh termasuk seorang anggota pasukan keselamatan. - Foto Agensi
Letupan bom di wilayah Mandalay, Myanmar menyebabkan dua orang terbunuh termasuk seorang anggota pasukan keselamatan. - Foto Agensi
A
A
A

YANGON - Dua termasuk seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dalam satu letupan bom di wilayah Mandalay Myanmar pada Isnin, menurut kenyataan Kementerian Penerangan.

Mangsa yang cedera termasuk dua orang awam, dua bomba dan beberapa anggota keselamatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebiji bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19 di bandar Aungmyaythazan pada Isnin pagi.

Mereka yang cedera dihantar ke hospital tentera untuk rawatan dan suspek sedang diburu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!