Kerakyatan anak: Suara wanita warganegara Malaysia perlu didengari
KUALA LUMPUR - Suara golongan ibu warganegara Malaysia dalam soal kewarganegaraan automatik bagi anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan warga asing perlu didengari.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yakin kabinet akan meneliti hal tersebut dalam semangat Keluarga Malaysia.
"Saya berpandangan suara para ibu rakyat Malaysia harus kita dengari.
"Oleh kerana ia menyentuh soal dasar dan perundangan, saya percaya kabinet adalah forum paling sesuai meneliti hal ini dalam semangat #Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 9 September lepas yang memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!