Tangkap PATI di pasar borong

Antara PATI yang ditahan.
Antara PATI yang ditahan.
A
A
A

SERDANG - Sebanyak 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, serbuan Op Nyah itu dilakukan kira-kira pukul 8 malam oleh lima pegawai dan 50 anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Sebanyak 107 orang warga asing terdiri daripada 97 lelaki dan 10 perempuan warganegara Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Sri Langka dan Myanmar antara yang diperiksa dalam serbuan tersebut.

Antara PATI yang ditahan.
Antara PATI yang ditahan.

“73 daripada mereka didapati tidak mempunyai dan bekerja tanpa dokumen lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Serdang, di sini hari ini.

Ismadi menambah, 73 yang ditahan itu melibatkan 50 Rohingya, 13 Bangladesh dan Indonesia 14 orang.

Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c), 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!