Peniaga pasar malam sedia terima pengunjung

Pembukaan semula pasar malam di sekitar Bandar raya Ipoh melegakan golongan peniaga selepas penutupan aktiviti perniagaan tersebut sejak April lalu. Gambar kecil: Sharul Baha
Pembukaan semula pasar malam di sekitar Bandar raya Ipoh melegakan golongan peniaga selepas penutupan aktiviti perniagaan tersebut sejak April lalu. Gambar kecil: Sharul Baha
A
A
A

IPOH - Peniaga dan penganjur pasar malam di sekitar Bandar raya Ipoh melakukan persiapan dengan terperinci menjelang pembukaan semula aktiviti itu mulai 15 September seperti diumumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Peniaga ayam goreng, Sharinawati Mohamad Yasin, 40 berkata, pembukaan semula pasar malam mulai Rabu ini sememangnya dinantikan peniaga setelah aktiviti itu tidak dapat beroperasi sejak April lalu.

Menurutnya, peluang untuk kembali berniaga itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan terutamanya golongan peniaga kecil sepertinya.

"Alhamdulillah, berita mengenai pembukaan semula pasar malam ini amat melegakan kami golongan peniaga. Peluang akan digunakan sebaiknya untuk menjana pendapatan kami yang terjejas setelah lama tidak berniaga. Saya harap orang ramai boleh kembali membantu perniagaan kami dengan membeli barang-barang di pasar malam.

"Untuk peringkat awal ini memang saya akui agak susah sikit kerana ramai orang tak tahu selain tambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) pelanggan perlu lengkap vaksin. Lagi pun tak semua tapak pasar malam dibuka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

MBI pada 9 September lalu mengeluarkan notis pemakluman pembukaan semula pasar malam dan gerbang malam di bawah seliaan mereka bermula 15 September ini.
MBI pada 9 September lalu mengeluarkan notis pemakluman pembukaan semula pasar malam dan gerbang malam di bawah seliaan mereka bermula 15 September ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Sharul Baha Abd Rahman berkata, sebagai penganjur pasar malam, pihaknya telah membuat beberapa persediaan bagi memastikan SOP dipatuhi.

Menurutnya, pembukaan semula pasar malam kelolaan PUBI akan dibuat secara berperingkat dan Pasar Malam Taman Pinji Mewah akan dibuka pada Khamis ini.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dijangka seramai 50 peniaga di kawasan itu akan memulakan perniagaan masing-masing mengikut SOP ditetapkan.

"Kita akui pembukaan semula ini agak mencabar kerana bukan mudah untuk menarik minat orang ramai untuk kembali membeli barang-barang di pasar malam kerana selama ini mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

"Jadi, Rabu kita akan buat promosi secara fizikal dan melalui media sosial untuk beritahu orang ramai bahawa pasar malam kembali beroperasi terutama bagi mereka yang telah lengkap divaksin," katanya.

Sharul Baha berharap orang ramai dapat kembali menyokong peniaga kecil pasar malam bagi membantu golongan tersebut menambah pendapatan.

MBI pada 9 September lalu mengeluarkan notis pemakluman pembukaan semula pasar malam dan gerbang malam di bawah seliaan mereka bermula 15 September ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!