Pearly-Thinaah duta baharu 100PLUS

Pearly (kanan) dan Thinaah bersama Wai Yin selepas menandatangani kontrak sebagai duta baharu 100PLUS.
Pearly (kanan) dan Thinaah bersama Wai Yin selepas menandatangani kontrak sebagai duta baharu 100PLUS.
A
A
A

BEREGU muda wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dipilih sebagai duta baharu minuman isotonik 100PLUS susulan prestasi cemerlang mereka di pentas antarabangsa termasuk menjuarai Terbuka Switzerland.

Dengan pemilihan itu, Pearly-Thinaah kini mengikut jejak langkah beberapa lagi pemain badminton negara seperti legenda, Datuk Lee Chong Wei; pemain perseorangan lelaki nombor satu, Lee Zii Jia serta pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

"Pearly dan Thinaah adalah gandingan yang menarik. Mereka memiliki potensi yang sangat besar dan jika mereka terus berkembang, mereka akan menjadi antara beregu terhebat dunia.

"Kami mengikuti perkembangan mereka dan kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan. Satu keputusan yang mudah untuk menandatangani mereka sebagai duta 100PLUS.

"Mereka ada masa depan yang cerah, jadi kami tidak sabar untuk melihat mereka terus berkembang dan memenangi lebih banyak gelaran," kata Ketua Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin.

Wai Yin turut mengesahkan Pearly-Thinaah yang kini menghuni tangga ke-19 dunia menandatangani penajaan selama dua tahun bersama 100PLUS.

Selain menaja pemain badminton negara, 100PLUS turut bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!